Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Wednesday, May 30, 2012

Penghargaan buatmu muslimah

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bagaimana Islam mengangkat darjat wanita?
1. Mengutamakan ibu atas bapa. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw lalu berkata," Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?" Rasulullah menjawab,"Ibumu!". Lelaki itu terus bertanya," Kemudian siapa?" Nab saw menjawab,"Ibumu!".Lelaki itu bertanya lagi," Kemudian siapa?". Nabi saw menjawab," Ibumu!". Sekali lagi dia bertanya,"Kemudian siapa?" Nabi saw menjawab,"Bapamu!" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat. "Sesiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka." (Riwayat al-Bukhari). Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan. Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik-beradik. "Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki." (Riwayat Abu Daud).
3. Amal soleh wanita diiktiraf oleh ALLAH sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf. "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun." (Surah al-Nisa:124).
4. Hak wanita diiktiraf. Umar Al-Khattab r.a berkata," Pada zaman jahiliyyah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan ALLAH menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami."
-SOLUSI 25-

No comments:

Post a Comment