Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Tuesday, May 29, 2012

Renungan sejenak

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Rasulullah saw merupakan contoh pemimpin paling hebat dalam sejarah dunia. Bagaimana Baginda membawa perubahan di tengah-tengah kejahilan bangsa Arab. Baginda menggembleng tenaga bersama para sahabat membina sebuah negara Islam yang agung. Kini, cara hidup Islam sudah berkembang ke serata dunia. Apa lagi bukti kehebatan Rasulullah saw sebagai pemimpin yang berwibawa? Ada pemimpin yang disanjung semasa di berkuasa sahaja. Tetapi Rasulullah saw sentiasa disanjung, dihormati, dirujuk dan dijulang walaupun sudah wafat. Itulah kebibawaan Baginda. Perkara terbaik dapat anda lakukan pada orang lain bukanlah setakat berkongsi kehebatan anda, tetapi juga dengan membongkar kehebatan mereka. Inilah rahsia wibawa. SOLUSI 6.

No comments:

Post a Comment