Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Monday, May 28, 2012

Perkongsian buat diriku dan dirimu

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Suka saya petik nukilan ustazah pilihan kesayangan saya, Ustazah Fatimah Syarha...Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum (terpelihara) iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran. Al-Quran dan As-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban dalam kesesatan. Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi anduan tantangnya? Panduan untuk menguruskannya, bukan untuk membunuhnya? Takkanlah Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha ALLAH. Nasihat beliau lagi .."Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Sunnah. Alam remajamu akan lebih terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta yang maha Gagah. Itulah kehebatan cinta ALLAH. Syirik cinta. Selalu kita diingatkan atar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan ALLAH. Menyembah selain ALLAH. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan ALLAH. mengambil sesuatu yang selain daripada ALLAH swt sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti mengambil tempat ALLAH dengan selainNya. ALLAH swt telah berfirman," Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain ALLAH sebagai tandingan. mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai ALLAH. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada ALLAH. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat itu kepunyaan ALLAH semuanya, dan bahawa ALLAH amat berat seksaanNya." (Surah Al- Baqarah:165). Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirk al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada ALLAH dengan makhluk senagkatannya. Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada ALLAH? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan ALLAH? Semakin besar cintamu kepada ALLAH, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada ALLAH untuk di angau-angaukan? ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dn kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. hati menjuih tatkala mendengar kebenaran. Aduhai hati, takutlah pada syuruk cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati.Ya,bukan ALLAH tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan ALLAH tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan ALLAH tidak mengerti bayangnnya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhaiNya. Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakan caranya? Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankah? Dirimu belum bersedia untuk berumah tanggakah? Dirimu sedang mempersiapkan dirikh? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih pentingkah? Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubik pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabil 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada ALLAH. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan manjalar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Setiap bani Adam memiliki ruang untuk zina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya dalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kamaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut." (Riwayat Ahmad). Gentarlah pada firmanNya ini yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina," maknanya lebih mendalam daripada "janganlah kamu berzina". Firman ALLAH tersebut bermakna, 'Dan janganlah kemu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina, apatah lagi sampai berzina. (Tafsir Ruh al-Ma'ani). Setelah Islam memberika panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? Banyaklah jalannya. Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatlah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi? (Fatimah Syarha) Demikianlah...syukran ustazah...Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment