Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Saturday, May 26, 2012

Oh jiwaku, marilah merasai dekat dengan Islam dan ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim... Ketahuilah jiwaku, natijah yang nampak seolah-olah Islami tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan ALLAH, ditolak oleh ALLAH swt dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh ALLAH swt. Satu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah wajar kita renungkan. Perkara pertama yang akan diputuskan di harikiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat ALLAH kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat ALLAH, maka ditanya,: Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? Jawabnya: Saya telah berjuang untukMu sehinggalah mati syahid. Jawab ALLAH: Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian. Kemudian, diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka. Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai dan mengajar AL-Quran. ALLAH Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalannya dan mengatakan bahawa amalnya bertujuan untuk terkenal sebagai Qori, kemudian diseret mukanya ke dalam neraka. Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampakka ke dalam neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan ALLAH dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan. Duhai jiwaku, tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu? Sedangkan seorang yang mati syahid, qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku? Sudahlah sedkit amalanku, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidupku dekat dengan Islam, namun bersihkan engkau duhai hatiku? Persediaan hati memerlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mu'alajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah. Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan ALLAH akan membolehkan seseorang mampu melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh ALLAH serta menjauhi segala laranganNya secara menyeluruh. InilH hakikat perhambaan yang sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan ALLAH. Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan ALLAH dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta ALLAH agar menjadi sebati dalam diri dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam Kaafaah. Bukan sekadar pentadbiran yang perlu islamik tetapi sistem diri kita juga perlu Islami merangkumihati, pemikirn dan amalan. Berkata Hassan al-Hudaibi: Tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya? Kekuatan hubungan dengan ALLAH sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syariat-syariat keislaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan ALLAH (sibghatullah) walaupun di tempat sunyi mahupun di khalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakuka oleh Rasulullah saw kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi AL-Quran yang unik. Iman mereka diiktiraf oleh ALLAH dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan ALLAH dan rasulNya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku merek. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan ALLAG sebagai titik tolak dlam melaksanakan ubudiyyah kepada ALLAH (iaitu menegakkan Islam dalam diri dan di muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat init sebagai satu prinsip yang utama. Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak ALLAH, jernih dengan fikrah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi Al-Quran yang unik. Oh hati! Kenapa ruhiyyahmu gersang? Adakah kau jauh daripada ALLAH? Aduhai....Hati sebegnikah yang akan membawa orang mengenali ALLAH? Oh hatiku...

No comments:

Post a Comment