Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Tuesday, May 29, 2012

Renungan sejenak

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Rasulullah saw merupakan contoh pemimpin paling hebat dalam sejarah dunia. Bagaimana Baginda membawa perubahan di tengah-tengah kejahilan bangsa Arab. Baginda menggembleng tenaga bersama para sahabat membina sebuah negara Islam yang agung. Kini, cara hidup Islam sudah berkembang ke serata dunia. Apa lagi bukti kehebatan Rasulullah saw sebagai pemimpin yang berwibawa? Ada pemimpin yang disanjung semasa di berkuasa sahaja. Tetapi Rasulullah saw sentiasa disanjung, dihormati, dirujuk dan dijulang walaupun sudah wafat. Itulah kebibawaan Baginda. Perkara terbaik dapat anda lakukan pada orang lain bukanlah setakat berkongsi kehebatan anda, tetapi juga dengan membongkar kehebatan mereka. Inilah rahsia wibawa. SOLUSI 6.

Monday, May 28, 2012

Perkongsian buat diriku dan dirimu

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Suka saya petik nukilan ustazah pilihan kesayangan saya, Ustazah Fatimah Syarha...Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum (terpelihara) iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran. Al-Quran dan As-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban dalam kesesatan. Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi anduan tantangnya? Panduan untuk menguruskannya, bukan untuk membunuhnya? Takkanlah Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha ALLAH. Nasihat beliau lagi .."Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Sunnah. Alam remajamu akan lebih terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta yang maha Gagah. Itulah kehebatan cinta ALLAH. Syirik cinta. Selalu kita diingatkan atar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan ALLAH. Menyembah selain ALLAH. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan ALLAH. mengambil sesuatu yang selain daripada ALLAH swt sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti mengambil tempat ALLAH dengan selainNya. ALLAH swt telah berfirman," Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain ALLAH sebagai tandingan. mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai ALLAH. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada ALLAH. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat itu kepunyaan ALLAH semuanya, dan bahawa ALLAH amat berat seksaanNya." (Surah Al- Baqarah:165). Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirk al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada ALLAH dengan makhluk senagkatannya. Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada ALLAH? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan ALLAH? Semakin besar cintamu kepada ALLAH, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada ALLAH untuk di angau-angaukan? ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dn kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. hati menjuih tatkala mendengar kebenaran. Aduhai hati, takutlah pada syuruk cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati.Ya,bukan ALLAH tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan ALLAH tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan ALLAH tidak mengerti bayangnnya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhaiNya. Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakan caranya? Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankah? Dirimu belum bersedia untuk berumah tanggakah? Dirimu sedang mempersiapkan dirikh? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih pentingkah? Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubik pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabil 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada ALLAH. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan manjalar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Setiap bani Adam memiliki ruang untuk zina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya dalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kamaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut." (Riwayat Ahmad). Gentarlah pada firmanNya ini yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina," maknanya lebih mendalam daripada "janganlah kamu berzina". Firman ALLAH tersebut bermakna, 'Dan janganlah kemu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina, apatah lagi sampai berzina. (Tafsir Ruh al-Ma'ani). Setelah Islam memberika panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? Banyaklah jalannya. Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatlah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi? (Fatimah Syarha) Demikianlah...syukran ustazah...Alhamdulillah...

Sunday, May 27, 2012

Indahnya si pohon semalu

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Subhanallah... Indahnya si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir dari iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkatan yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah. Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang menawan. Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua irang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai ALLAH dan RasulNya..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wahai Muslimah, dirimu sangat berharga

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Wahai muslimah dirimu tersangat berharga, jadikanlah diri setulus Syaidatina Fatimah agar dirimu bisa dipertemukan dengan Ali karamallahu wajhah....wahai muslimah sesungguhnya seorang wanita solehah itu adlah lebih baik dari 70 lelaki soleh......sedikit santapan buatmu duhai muslimah................... 1. Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan. 2. Untuk mendapatkan mata yang indah, Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, Berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. 4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 5.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. 6. Jadi, jangan pernah kucilkan seseorang dari hati anda Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, Ingatlah senantiasa, Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, Akan senantiasa ada tangan terulur. 7. Dan dengan bertambahnya usia anda, Anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, Satu untuk menolong diri anda sendiri, Dan satu lagi untuk menolong orang lain. 8.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, Bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. 9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, Di mana cinta dapat berkembang. 10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

Saturday, May 26, 2012

Oh jiwaku, marilah merasai dekat dengan Islam dan ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim... Ketahuilah jiwaku, natijah yang nampak seolah-olah Islami tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan ALLAH, ditolak oleh ALLAH swt dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh ALLAH swt. Satu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah wajar kita renungkan. Perkara pertama yang akan diputuskan di harikiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat ALLAH kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat ALLAH, maka ditanya,: Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? Jawabnya: Saya telah berjuang untukMu sehinggalah mati syahid. Jawab ALLAH: Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian. Kemudian, diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka. Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai dan mengajar AL-Quran. ALLAH Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalannya dan mengatakan bahawa amalnya bertujuan untuk terkenal sebagai Qori, kemudian diseret mukanya ke dalam neraka. Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampakka ke dalam neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan ALLAH dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan. Duhai jiwaku, tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu? Sedangkan seorang yang mati syahid, qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku? Sudahlah sedkit amalanku, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidupku dekat dengan Islam, namun bersihkan engkau duhai hatiku? Persediaan hati memerlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mu'alajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah. Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan ALLAH akan membolehkan seseorang mampu melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh ALLAH serta menjauhi segala laranganNya secara menyeluruh. InilH hakikat perhambaan yang sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan ALLAH. Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan ALLAH dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta ALLAH agar menjadi sebati dalam diri dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam Kaafaah. Bukan sekadar pentadbiran yang perlu islamik tetapi sistem diri kita juga perlu Islami merangkumihati, pemikirn dan amalan. Berkata Hassan al-Hudaibi: Tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya? Kekuatan hubungan dengan ALLAH sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syariat-syariat keislaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan ALLAH (sibghatullah) walaupun di tempat sunyi mahupun di khalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakuka oleh Rasulullah saw kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi AL-Quran yang unik. Iman mereka diiktiraf oleh ALLAH dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan ALLAH dan rasulNya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku merek. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan ALLAG sebagai titik tolak dlam melaksanakan ubudiyyah kepada ALLAH (iaitu menegakkan Islam dalam diri dan di muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat init sebagai satu prinsip yang utama. Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak ALLAH, jernih dengan fikrah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi Al-Quran yang unik. Oh hati! Kenapa ruhiyyahmu gersang? Adakah kau jauh daripada ALLAH? Aduhai....Hati sebegnikah yang akan membawa orang mengenali ALLAH? Oh hatiku...

Saturday, March 12, 2011

Aku ingin..


Teman tersayang
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran sanggup bersakit

Serta tawakkal Ibrahim mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Meyakini ALLAH sebagai Penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana

Serta senyuman Syed Qutb
Ketika berhadapan dengan tali maut
Akidah mantap tidak terenggut
Roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair
Menahan panahan Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid, rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hasan al-Banna
Fikrahnya jernih menggegarkan dunia
Merelakan tubuhnya dimamah peluru
Demi menegakkan kalam ALLAH dan Rasul

Aku cintakan pemuda Ghiffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Moga kan lahir lagi di abad ini
Jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram

Aku ingin sepemaaf Yusuf
Tetap mencintai saudaranya
Walaupun dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahnya bertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah
semerbak kasturi

Aku ingin persahabatan ini
Bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Masyar nanti

Thursday, August 5, 2010

Jika akhawat jatuh cinta

Salam..

Akhwat jatuh cinta...
Tak ada yg aneh, mereka jg adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?
Mereka jg punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...
Ketika akhwat jatuh cinta...
Yg mereka rasakan adalah penyesalan yg amat sangat, atas sebuah hijab yg tersingkap.
Ketika lelaki yg tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirnya, yg mrk rasakan adalah ketakutan yg bgt besar akan cinta y gtak suci lg..
Ketika rasa rindu mulai merekah d hatinya, y mereka rasakan adalah kesedihan yg tak terperih akan sbuah asa yg tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yg di penuhi air mata penyesalan atas cintaNya yg ternodai..
Yg ada adalah kegelisahan, krn rasa yg salah arah..
Yg ada adalah penderitaan akan hati yg mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan u brtemu yg mrk nantikan, tapi yg ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dr org tsb.
Tak ada kata2 cinta, dan rayu.. Yg ada adalah kehawatiran yg amat sangat akan hati yg mulai merindukan lelaki yg blm halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yg tak mampu lg memberiny ketenangan di wajahnya yg dulu teduh..
Mrk akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.. Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mrk lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Krn yg ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dr Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab yg tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupusny rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti.. Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Krn bila memang kalian di takdirkan bersama, maka tak akan ada yg dpt mencegah kalian bersatu..
Tp ketahuilah, bgmn pun usaha kalian utk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti.. Bersabarlah.. Biarkan Allah yg mengaturnya.. Maka yakinlah.. Semuanya akan baik-baik saja..

sumber:Catatan Ummu Sa'ad 'Aztriana'