Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Monday, May 28, 2012

Perkongsian buat diriku dan dirimu

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Suka saya petik nukilan ustazah pilihan kesayangan saya, Ustazah Fatimah Syarha...Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum (terpelihara) iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran. Al-Quran dan As-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban dalam kesesatan. Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi anduan tantangnya? Panduan untuk menguruskannya, bukan untuk membunuhnya? Takkanlah Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha ALLAH. Nasihat beliau lagi .."Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Sunnah. Alam remajamu akan lebih terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta yang maha Gagah. Itulah kehebatan cinta ALLAH. Syirik cinta. Selalu kita diingatkan atar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan ALLAH. Menyembah selain ALLAH. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan ALLAH. mengambil sesuatu yang selain daripada ALLAH swt sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti mengambil tempat ALLAH dengan selainNya. ALLAH swt telah berfirman," Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain ALLAH sebagai tandingan. mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai ALLAH. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada ALLAH. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat itu kepunyaan ALLAH semuanya, dan bahawa ALLAH amat berat seksaanNya." (Surah Al- Baqarah:165). Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirk al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada ALLAH dengan makhluk senagkatannya. Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada ALLAH? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan ALLAH? Semakin besar cintamu kepada ALLAH, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada ALLAH untuk di angau-angaukan? ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dn kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. hati menjuih tatkala mendengar kebenaran. Aduhai hati, takutlah pada syuruk cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati.Ya,bukan ALLAH tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan ALLAH tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan ALLAH tidak mengerti bayangnnya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhaiNya. Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakan caranya? Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankah? Dirimu belum bersedia untuk berumah tanggakah? Dirimu sedang mempersiapkan dirikh? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih pentingkah? Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubik pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabil 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada ALLAH. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan manjalar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Setiap bani Adam memiliki ruang untuk zina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya dalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kamaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut." (Riwayat Ahmad). Gentarlah pada firmanNya ini yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina," maknanya lebih mendalam daripada "janganlah kamu berzina". Firman ALLAH tersebut bermakna, 'Dan janganlah kemu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina, apatah lagi sampai berzina. (Tafsir Ruh al-Ma'ani). Setelah Islam memberika panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? Banyaklah jalannya. Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatlah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi? (Fatimah Syarha) Demikianlah...syukran ustazah...Alhamdulillah...

Sunday, May 27, 2012

Indahnya si pohon semalu

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Subhanallah... Indahnya si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir dari iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkatan yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah. Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang menawan. Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua irang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai ALLAH dan RasulNya..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wahai Muslimah, dirimu sangat berharga

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Wahai muslimah dirimu tersangat berharga, jadikanlah diri setulus Syaidatina Fatimah agar dirimu bisa dipertemukan dengan Ali karamallahu wajhah....wahai muslimah sesungguhnya seorang wanita solehah itu adlah lebih baik dari 70 lelaki soleh......sedikit santapan buatmu duhai muslimah................... 1. Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan. 2. Untuk mendapatkan mata yang indah, Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, Berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. 4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 5.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. 6. Jadi, jangan pernah kucilkan seseorang dari hati anda Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, Ingatlah senantiasa, Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, Akan senantiasa ada tangan terulur. 7. Dan dengan bertambahnya usia anda, Anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, Satu untuk menolong diri anda sendiri, Dan satu lagi untuk menolong orang lain. 8.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, Bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. 9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, Di mana cinta dapat berkembang. 10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

Saturday, May 26, 2012

Oh jiwaku, marilah merasai dekat dengan Islam dan ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim... Ketahuilah jiwaku, natijah yang nampak seolah-olah Islami tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan ALLAH, ditolak oleh ALLAH swt dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh ALLAH swt. Satu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah wajar kita renungkan. Perkara pertama yang akan diputuskan di harikiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat ALLAH kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat ALLAH, maka ditanya,: Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? Jawabnya: Saya telah berjuang untukMu sehinggalah mati syahid. Jawab ALLAH: Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian. Kemudian, diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka. Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai dan mengajar AL-Quran. ALLAH Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalannya dan mengatakan bahawa amalnya bertujuan untuk terkenal sebagai Qori, kemudian diseret mukanya ke dalam neraka. Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampakka ke dalam neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan ALLAH dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan. Duhai jiwaku, tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu? Sedangkan seorang yang mati syahid, qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku? Sudahlah sedkit amalanku, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidupku dekat dengan Islam, namun bersihkan engkau duhai hatiku? Persediaan hati memerlukan proses tarbiyyah tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mu'alajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah. Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan ALLAH akan membolehkan seseorang mampu melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh ALLAH serta menjauhi segala laranganNya secara menyeluruh. InilH hakikat perhambaan yang sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan ALLAH. Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan ALLAH dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta ALLAH agar menjadi sebati dalam diri dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam Kaafaah. Bukan sekadar pentadbiran yang perlu islamik tetapi sistem diri kita juga perlu Islami merangkumihati, pemikirn dan amalan. Berkata Hassan al-Hudaibi: Tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya? Kekuatan hubungan dengan ALLAH sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syariat-syariat keislaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan ALLAH (sibghatullah) walaupun di tempat sunyi mahupun di khalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakuka oleh Rasulullah saw kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi AL-Quran yang unik. Iman mereka diiktiraf oleh ALLAH dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan ALLAH dan rasulNya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku merek. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan ALLAG sebagai titik tolak dlam melaksanakan ubudiyyah kepada ALLAH (iaitu menegakkan Islam dalam diri dan di muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat init sebagai satu prinsip yang utama. Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak ALLAH, jernih dengan fikrah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi Al-Quran yang unik. Oh hati! Kenapa ruhiyyahmu gersang? Adakah kau jauh daripada ALLAH? Aduhai....Hati sebegnikah yang akan membawa orang mengenali ALLAH? Oh hatiku...

Saturday, March 12, 2011

Aku ingin..


Teman tersayang
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran sanggup bersakit

Serta tawakkal Ibrahim mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Meyakini ALLAH sebagai Penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana

Serta senyuman Syed Qutb
Ketika berhadapan dengan tali maut
Akidah mantap tidak terenggut
Roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair
Menahan panahan Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid, rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hasan al-Banna
Fikrahnya jernih menggegarkan dunia
Merelakan tubuhnya dimamah peluru
Demi menegakkan kalam ALLAH dan Rasul

Aku cintakan pemuda Ghiffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Moga kan lahir lagi di abad ini
Jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram

Aku ingin sepemaaf Yusuf
Tetap mencintai saudaranya
Walaupun dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahnya bertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah
semerbak kasturi

Aku ingin persahabatan ini
Bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Masyar nanti

Thursday, August 5, 2010

Jika akhawat jatuh cinta

Salam..

Akhwat jatuh cinta...
Tak ada yg aneh, mereka jg adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?
Mereka jg punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...
Ketika akhwat jatuh cinta...
Yg mereka rasakan adalah penyesalan yg amat sangat, atas sebuah hijab yg tersingkap.
Ketika lelaki yg tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirnya, yg mrk rasakan adalah ketakutan yg bgt besar akan cinta y gtak suci lg..
Ketika rasa rindu mulai merekah d hatinya, y mereka rasakan adalah kesedihan yg tak terperih akan sbuah asa yg tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yg di penuhi air mata penyesalan atas cintaNya yg ternodai..
Yg ada adalah kegelisahan, krn rasa yg salah arah..
Yg ada adalah penderitaan akan hati yg mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan u brtemu yg mrk nantikan, tapi yg ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dr org tsb.
Tak ada kata2 cinta, dan rayu.. Yg ada adalah kehawatiran yg amat sangat akan hati yg mulai merindukan lelaki yg blm halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yg tak mampu lg memberiny ketenangan di wajahnya yg dulu teduh..
Mrk akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.. Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mrk lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Krn yg ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dr Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab yg tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupusny rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti.. Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Krn bila memang kalian di takdirkan bersama, maka tak akan ada yg dpt mencegah kalian bersatu..
Tp ketahuilah, bgmn pun usaha kalian utk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti.. Bersabarlah.. Biarkan Allah yg mengaturnya.. Maka yakinlah.. Semuanya akan baik-baik saja..

sumber:Catatan Ummu Sa'ad 'Aztriana'

Wednesday, July 28, 2010

Peringatan bersama

Gerakan Mahasiswa yang menoreh sejarah dunia
Wahai saudara-saudaraku, anak-anak muda Islam yang beriman!
Wahai orang-orang yang ingin lepas dari ikatan!
Wahai orang-orang yang ingin memecahkan belenggu,
yang memasung kaki dunia Islam,
dari hujung ke hujung, dari barat ke timur!
Ketahuilah!
Sejarah itu ada kerana adanya pemuda, sejarah itu pun hidup kerana hidupnya para pemuda. Hidup yang bererti bercahaya rohaninya, mengakar pemikirannya dan berkembang gerakannya.

Anes Baswedan, Rektor Universiti Paramida menyebut “Kalau kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan diri mereka pada lapangan local sahaja tetapi harus dilihat pada lapangan global, sekurang-kurangnya benua Asia. Kerana anak muda dilahirkan tidak hanya untuk negeri, tapi juga untuk dunia..”

Gerakan mahasiswa adalah sebahagian dari gerakan anak muda yang sangat ditakuti pemerintah.
1. Rejim Papandreou di Yunani tumbang dengan keguguran seorang mahasiswa Nasional Union of Greek Students pada saat memperjuang hak asasi manusia di gedung Parlimen.
2. Di Amerika Latin, diktator Batista ditumpaskan oleh tokoh muda revolusioner Che Guevera.
3. Di Turki pada tanggal 29 mei 1960, para mahasiswa berhasil menggulingkan Bapak Menderes yang korup dengan korban nyawa hampir 20 Mahasiswa.
4. Pada tahun yang sama, Mahasiswa Korea Selatan membuat sejarah dengan menurunkan rejim korup Dr. Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun.
5. Peristiwa Black Friday menyaksikan gerakan mahasiswa berperanan menjatuhkan kerajaan Shah Iran yang zalim di Iran.
6. Kejatuhan 32 tahun pemerintahan diktator Soeharto di Indonesia juga dikaitkan dengan peranan dan pengorbanan gerakan Mahasiswa Unversiti Trisakti.
7. Jose Rizal adalah penggerak kebangkitan patriotic mahasiswa dalam menghalau kemasukan penjajah ke Filipina.
8. Begitu juga kita melihat kebangkitan mahasiswa di China dan Korea.

Di Negara-negara Asia Barat, munculnya kepimpinan pejuang yang telah mengembalikan maruah dan kemuliaan bangsa seperti apa yang berlaku di Mesir.
1. Lihatlah kebangkitan mahasiswa diterajui oleh salah seorang pelajar Al-Azhar yang berasal dari Daerah Halab (Aleppo) di Syria iaitu Sulaym an Al-Halabi mengusir keluar tentera Napoleon Bonaparte yang telah menyerang Al-Azhar.
2. Penubuhan Ikhwan Muslimin pimpinan Ustaz Hasan Al-Banna antara penyebab kebangkitan mahasiswa dalam menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Kebangkitan ini kebanyakan dipelopori oleh mahasiswa University Al-Azhar.
3. Di Afghanistan, golongan yang bersusahpayah menghalau kemasukan Soviet Union ke bumi ini ialah golongan mahasiswa yang dikenali Taliban yang dipimpin oleh Mullah Omar.

Di Malaysia, pemuda dan mahasiswalah yang merencana Angkatan Perpaduan Ummah dan Parti Keadilan Rakyat, dan banyak lagi peristiwa dalam lipatan sejarah yang membuktikan kehebatan dan peranan mahasiswa dalam mencatur politik dunia.

Demikianlah kuasa mahasiswa, kuasa anak muda yang bias menggoncangkan bukit bukau dan mencipta gelombang perubahan dalam memimpin minda rakyat. Kita telah disajikan betapa golongan pemuda menjadi tulang belakang paling ampuh dalam 23 tahun perjuangan Rasul menegakkan Islam. Kita juga telah acapkali didodoikan dengan kisah pembukaan Kota Constantinopel oleh anak muda 23 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh. Namun, kenapakah kita dan gerakan kita terus dilihat bergerak secara bermusim dan ‘sekejap ada sekejap tiada’? Kelesuan gerakan mahasiswa Islam hari ini dalam memaksimakan peranan sebagai jurubicara ummah yang berbekalkan modal intelektual yang mahal amat dikesali pelbagai pihak yang meletakkan high-expectation kepada kita.

Wahai jiwa yang membara-bara demi merealisasikan tertegaknya daulah Islamiah,
kita melaungkan gagasan tarbiah kepimpinan yang dinamika,
percambahan kaderisasi yang produktif,
pembinaan karismatik minda dan keupayaan praktikal.

Kita menggagaskan pembangunan infrastruktur daya kepemimpinan yang sofistikated dan canggih dalam mencabar dunia ultra-moden yang sarat dengan simpang-siurnya yang tersendiri.
Ia bukannya retorika fatamorgana atau bahasa propaganda yang kosong lagi kontang.

Ayuh semua kita bajakan kembali tanah ini. Kita perlukan mekanik-mekanik tarbiyah yang berkemahiran tinggi dan punya hati yang bernyala-nyala dan tidak kering dengan keindahan akhlak serta ketinggian budi pekerti juga kemolekan ilmu. Kita inginkan penggerak-penggerak tarbiyah yang berselera dan ghairah menjadikan agenda jihad dan pemerkasaan terlekat dalam hati mereka.

Wahai sekalian pencinta tertegaknya Negara Islam,
Apakah kalian lupa bagaimana ‘Asim bin Amru bersama-sama 600 orang tentera yang menyeberangi Sungai Dajlah dengan kuda-kuda mereka dalam menakluk Istana Putih Parsi sehingga musuh menganggap mereka jin bukannya manusia.
Apakah kalian lupa al-‘ala Bin Khadrami yang turut menyeberangi lautan Bahrain hanya dengan kuda?
Apakah kalian lupa peristiwa battalion malaikat terbaik yang turun membantu tentera Badar?

Semua mereka mendapat pertolongan daripada Allah kerana hati mereka bersih, sebersih salju yang turun berguguran.
Mereka berjuang untuk Islam dan dalam masa yang sama mereka menjaga hati dan ibadat mereka, seolah-olah merekalah singa di siang hari dan abid yang soleh di malamnya.
Mulut mereka terkumat-kamit dan sentiasa basah dengan bacaan Al-Quran dan zikir yang tidak putus-putus.
Jiwa mereka sentiasa terang dengan semangat mujahadah dan muhasabah sehingga terbit kesedaran jiwa dan pencerahan hati.

Kalangan mereka ada yang mengerjakan solat ‘Isya dua jam lamanya.
Kalangan mereka tenggelam dan lemas dalam tangisan sehingga orang menyangka mereka hilang akal pemikiran.
Kalangan mereka menjadikan Al-Quran sebagai sahabat mereka sehingga mereka boleh resah jika berjauhan dengan Al-Quran.

Kita ingin menyediakan pemimpin gerakan dan negarawan masa depan
yang meletakkan ALLAH di dalam hati,
sentiasa bertaubat,
sentiasa merendah diri,
banyak dan khusyu’ beribadat,
sentiasa berasa tidak puas dengan zikir yang diungkapkan,
malah tenggelam, tenggelam dan hanyut dalam keasyikan bercinta dengan Sang Pencipta.

Sehubungan dengan itu, pemerkasaan tarbiyah dalaman ahli itu paling kita utamakan, sebelum kita memukau orang lain untuk menyertai perjuangan kita dengan hati yang khalis dan keinginan yang hanya untuk ALLAH yang Maha Perkasa.

Kita semai perasaan tawadhu’
yang menjauhkan kita daripada perasaan egoistik,
qanaah dengan bercukup apa yang ada dengan penuh keredhaan dan kesyukuran,
khusyu’ dan tawadhu’ dalam menunaikan segala perintah ALLAH dengan saksama,
amanah dalam melaksanakan segala tugasan yang diberikan,
siddiq dalam percakapan,
tabligh dalam menyebarkan kebenaran tanpa perasaan gentar
serta bijaksana dalam mengembangkan sayap Islam ke merata alam.

Para Soldadu Islam yang berani,
Dakwah yang kita maksudkan adalah menarik masyarakat Islam masa sekarang yang kian gersang dengan mata air Islam kepada dunia Islam yang sebenar.
Perjuangan untuk memindahkan manusia daripada satu dimensi kehidupan kepada satu dimensi kehidupan yang lebih baik
menuntut kepada kesungguhan
dan komitmen yang tinggi
dan upaya yang berterusan
tanpa rasa lemah dan mudah berputus asa.

Kita tidak mahu fenomena budaya acuh tak acuh dengan gerak kerja dakwah.
Kita tidak mahu kita rentung dalam dunia retorika
yang hanya melaung tetapi tidak bertindak,
bercakap tetapi tidak beraksi, mengkritik tetapi tidak konstruktif.

Dakwah bukannya kata-kata keramat yang ada kuasa tersendiri, sebaliknya dakwah adalah praktikal, kerja dan lebih banyak membari dari menerima.
Tiada guna dakwah jika tahu tetapi tidak mahu melaksana. Tiada guna juga mahu tetapi tidak mampu bertahan dengan karenah mad’u.

Kebejatan sosial, budaya kuning yang kian menular, meluasnya penderhakaan, mampatnya hiburan, rosaknya pemikiran, semuanya merupakan perancangan dan konspirasi musuh Islam dalam melembapkan bahkan menghapuskan umat Islam dari mukabumi. Mereka tidak kisah sekiranya kita tidak mengikut agama mereka asalkan kita mengikut budaya dan pemikiran mereka sehinggalah ke lubang biawak sekalipun.

Ambillah pengajaran daripada kejadian makhluk kecil seperti serangga perosak tanaman kobis plutella yang sehingga hari ini tidak ada racun yang mampu melenyapkan seragga itu disebabkan perubahan demi perubahan selepas ancaman racun yang dikenakan padanya. Subhanallah.

Wahai para pencinta keadilan,
Kita mesti memperjuangkan politik nilai dan kuasa moral yang merentasi politik kekuasaan, dalam menjana satu biah solehah.
Kita mesti bergerak sebagai satu gerakan yang bertindak untuk memperbetulkan nilai social yang kian songsang melalui gagasan social engineering.
Sebab itulah kita tidak pernah gentar untuk memberikan teguran bukan hanya kepada kerajaan malah parti pembangkang.
Budaya nilai, bukan budaya kekuasaan.
Budaya nilai adalah budaya yang telus lagi mulus.
Budaya perjuangan nilai tidak terperangkap dengan budaya memperjuangkan kekuasaan sebagaimana yang berlaku dalam kancah dunia politik.
Kita mesti kaya dengan pandangan sendiri dan memiliki kredibiliti yang sukar digugah dan digugat. Atas dasar menggalas sumpah bahawa ‘agama itu nasihat’ kepada sesiapa sahaja, kita mesti berani memberi teguran tanpa berselindung kepada mana-mana pihak.

Kekuatan kuantiti yang dimiliki muslimat sekarang menyaksikan muslimat yang memegang peranan sangat penting dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan kita.
Oleh itu, kita harus tetap lurus memperjuangkan asasinya atau basic job iaitu menggerakkan semua muslimat untuk bersama-sama membantu menjayakan agenda perjuangan kita melalui segenap cara di samping menjuarai isu-isu yang berkaitan wanita.
Agenda kita harus terlebih dahulu menganalisa masalah utama yang melanda masyarakat. Kedudukan Malaysia yang pesat membangun dan sedang membina nama di persada dunia menyaksikan rakyatnya didominasi oleh dua golongan iaitu golongan sederhana atau ‘middle class’ di Bandar-bandar dan pinggir Bandar, yang berpendidikan dan terdedah kepada isu-isu yang berlaku di dalam dan luar Negara dan berpendapatan sederhana.
Golongan kedua yang juga besar kuantitinya adalah golongan luar Bandar.
Negara sekarang sedang berhadapan dengan ketidakstabilan yang sedikit sebanyak menyaksikan rakyat terhambat di dalam kekeliruan dan keserabutan dunia politik dan ekonomi yang tidak menentu.
Akhirnya ada sesetengah daripadanya menjadi taksub membabi buta atau liberal keterlaluan di dalam menilai sesuatu isu atau masalah. Hasil daripada mentaliti yang keliru ini akan menatijahkan banyak tindakan-tindakan yang tidak tepat.
Kita harus merangkan dan mengorak langkah awalnya maju ke hadapan tidak sama terjebak di dalam kekeliruan dan keserabutan berfikir masyarakat sekarang.
Agenda membetul dan meluruskan mentaliti dan fahaman muslimat sangat penting agar respon dan tindak balas yang diberikan terhadap apa sahaja permasalahan ummah adalah tepat dan relevan.

Kita juga harus menggerakkan muslimat melalui apa sahaja wadah untuk mengembalikan musliamt ke dalam arus perdana dunia.
Perjuangan dunia Islam kini menuntut kita sentiasa maju dan peka dengan setiap isu berkait akademik, isu politik, isu ekonomi, isu sosial, isu alam sekitar, isu antarabangsa dan domestic.
“Berada di bawah gelas kaca” tidak boleh terus menerus dijadikan budaya kita.
Jika perubahan mentaliti dan sikap ini dapat dijayakan, muslimat akhirnya diharap dapat menyumbang seoptimum mungkin melalui pelbagai channel ke arah kecemerlangan ummah, lantas menyelesaikan masalah keciciran golongan muda dari arus perdana yang hanyut dalam hiburan keterlaluan dan hal remeh-temeh.

Disamping meneruskan perjuangan muslimat yang punya kelainan dan keunikannya yang tersendiri, kita mestilah tetap terus dengan kebersamaan bersama muslimin di dalam menjayakan pelbagai agenda bersama. Prestasi cemerlang yang dipamerkan muslimat dalam pelbagai lapangan adalah asset penting untuk melahirkan ummah yang lebih berdaya saing akan datang.

Era tahun 90-an menyaksikan zaman kejatuhan gerakan mahasiswa Islam sesudah ia mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 80-an. Entah di mana silapnya, kita hari ini seperti kehilangan arah. Tiada pemikiran terbuka, tiada kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatic dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapa-bapanya yang terdahulu. Adakah kerana kemalasan untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masa kini, menyebabkan pengartikulasian hujah juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa oleh mahasiswa Islam tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan oleh mahasiswa Islam tentulah lebih cetek dan tidak mendalam (sharp). Bahkan, kebanyakan mahasiswa Islam lebih cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu kulit seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup, dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu isi yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik oleh mahasiswa Islam.

Dalam proses menggilap potensi ahli bagi melahirkan world-class leaders, maka kita hendaklah meningkatkan takat keilmuan dan kadar thaqafah dengan membudayakan tradisi membaca bahan-bahan yang berat sifatnya, mewacanakan pemikiran-pemikiran dan isu-isu semasa dalam mempertajamkan sudut pandang politik, menghidupkan budaya brainstorming yang berterusan, berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berpandangan jauh disamping cuba semampu mungkin untuk menguasai maklumat-makluamt antarabangsa. Read to lead, hapuskan culture of inferiority complex, diskusikan tokoh-tokoh, wacanakan pemikiran dan upaya berfikir di luar batasan sempadan kebiasaan, lateral bukannya vertikel, luas bukannya sempit, mencair bukannya membeku. Jangan sesekali kita terperangkap dengan himpitan information super highway tanpa kita sedari tidak membudayakan amalan mengkaji dan menyelidik. Budayakan aksi, bukannya budayakan retorika percakapan. Cukuplah selama ini kita dengan perjuangan air liur, kita mahukan tindakan yang menceritakan siapakah kita. Kita tidak mahukan ahli yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak memberikan cadangan yang prolifik. Kita tidak mahu gerakan kita ditegakkan dengan bahasa mulut semata-mata bahkan kita mahukan ia tertegak melalui bahasa tindakan, praktikal dan juga jihad. Namun, kita tidak menafikan al-ihatah al-nazariyyah (pencermatan teori) dalam meneguhkan tindakan. Kita yang ingin memimpin politik Negara (initiator), bukannya kita terikut-ikut (reactor) dengan politik Negara. Mahasiswa yang sepatutnya mencipta dan menggores suasana, bukannya mahasiswa yang terikut-ikut dengan suasana.

Maka teladanilah ashab yaa Siin yang rela tubuhnya dicincang –cincang demi mempertahankan kebenaran. Contohilah ashab al-kahfi yang merempuh kebatilan walau dihimpit konspirasi terancang. Telitilah perjuangan ghulam al-dakwah yang tidak kering dengan semangat dakwah dan keberanian yang kental dalam mentalqinkan ashab al-ukhdud. Jadilah seperti golongan ashab al-yamin yang menampilkan cerminan Islamik yang tulen.

Kita juga perlu mengamalkan budaya pantas bertindak, tangkas berfikir, on-call, cepat refleksi, responsive, berdisiplin, tidak banyak alasan, mencari kerja untuk Islam bukannya melarikan diri, rasa ghairah dan sangat berselera untuk memuliakan ummah dan melonjakkan Islam ke tempat asalnya, sentiasa resah mengenangkan nasib Islam yang kian tandus dalam kekejaman musuh yang membenci kemurnian Islam.

Sa’id Hawwa menceritakan perihal gurunya yang sentiasa bergerak untuk memastikan kebaikan buat Islam seolah-olah Islam merupakan kambing yang akan disembelih.
Kita mesti berani.
Kita mesti jangan bersikap bacul, pengecut dan penakut.
Kita mesti sedia berkorban.
Disebabkan itulah kita hendaklah melepaskan diri daripada menjadi mangsa himpitan globalisasi yang kian mengekang.
Bagaimana kita boleh bergerak selaju cahaya jika kita sendiri mengkafankan pemikiran kita dalam dunia kejumudan!
Bagaimana kita mampu mensinergikan gerakan yang lebih energetic jika kita masih berada dalam kepompongan lama tidak mahu berubah!
Bagaimanakah kita mampu memberikan sinar harapan yang baru buat ummah sedangkan pemikiran kita masih berada pada tahun 2000 sedangkan jasad kita berada dalam tahun 2008!
Bagaimanakah kita mampu mengejutkan kesedaran kita yang masih tertidur nyenyak dibuai mimpi indah sedangkan kita takut melawan sejarah dan warisan!

Bergerak dan teruslah bergerak. Jangan jadi seperti air yang bertakung sebaliknya mengalirlah sebagaimana serua al-Syafei. Singa akan terus kelaparan jika ia tidak keluar daripada duanya. Panah tidak akan mengena sasaran jika masih berada dalam busurnya. Think globally, act locally. Jasad berada di kampus, tapi pemikiran seluas Negara. Jadilah champion dalam domestic kita dalam mempamerkan keizzahan mahasiswa Islam sehingga memukau seluruh lensa. Sehubungan dengan itulah kita menyeru seluruh ahli kampus untuk mengimplementasikan campus development secara vertikel dan horizontal bukan sekadar konseptual yang terawang-awangan.

Kita menghapuskan system zon kepada system negeri kerana beberapa tujuan seperti mengatasi masalah ketempangan mutu kepemimpinan kampus, menangani kerapuhan generasi pelapis kepimpinan Negara yang kian kronik dan membarah, memperkasa wahdah, meneguhkan istiqamah, serta membentuk sofwah al-mukhtarah yang punya abjadiyyat al-khutuwwat dan al-ma’rifah al-madaniyyah yang terpimpin selain mengikis kegersangan ahli daripada igauan idealism dan kerapuhan eksistensi selaku jurubicara ummah.

Kita cukup mengerti bahawa terdapat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mengongkong pemikiran, menjajah keberanian dan emansipasi gerakan melalui racun-racun ideology berbisa. Namun, peremajaan inteligensia dan keampuhan intelektual hasil refleksi keimanan telah bangkit untuk menentang segala usaha pengekangan itu daripada terus berakar umbi dan membekukan kita.

Kita mahu agar tidak mandul teori dan praktikal
Kita mahu agar tidak kering dengan aksi yang memukau lensa
Kita mahu agar berani melawan ketakdiran sejarah
Kita mahu agar mampu menjadi mekanik kepada usaha-usaha tarbiyah, siasah dan dakwah
Kita mahu agar tidak membeku dalam warisan silam
Kita mahu agar mampu mempamerkan visual islamik yang kontemporari

Kita di seluruh Malaysia sama rentaknya, sama kuatnya, sama teguh dan utuhnya, ibarat mendayung perahu menongkah samudera yang kacau ombaknya, jika patah pendayung dengan tangan kita sama-sama tongkahkan jua.

Ketika itulah kita akan sama-sama mengepal tangan ke angkasa melaungkan impian kita bahawa kita mahu menjadi ahli yang soleh lagi muslih,
kita mahukan ahli yang berdaya dan bernyawa,
mahu membuka landskap renaissance yang baru dalam perjuangan menegakkan Islam agar subur buahnya,
menyediakan seramai mungkin bakat kepemimpinan yang bukan calang-calang kepada gerakan Islam dan Negara,
dan kita tidak teragak-agak untuk menyetakan hasrat terakhir kita bahawa kelak kitalah yang akan menjadi batu-batu tertegaknya Negara Islam yang berdaulat disegani kawan digeruni lawan.

Visi utama kita adalah kearah melahirkan pimpinan dan negarawan yang bertaraf dunia, ‘producing world-class leaders’.
Wawasan utama dalam memangkin reality al-nahdhah al-harakiyyah al-qawiyyah yang berpaksikan keimanan mendalam,
keikhlasan mendasar,
semangat meluap-luap
dan amal yang berterusan.

World-class leaders ialah:
1. Berfikir seperti negarawan yang melihat daripada skop yang lebih luas dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya.
2. Turun ke lapangan ummah (down to earth) untuk melihat jerit perih masyarakat dan mengesat air mata rakyat.
3. Mempunyai nilai integrity dan interpersonal yang mempesonakan.
4. Mempunyai nilai keilmuan dan estetika thaqafah yang mendalam dan meluas.
5. Memadukan antara igauan fantasi dan aksi reality.
6. Memikirkan secara serius perihal pembentukan daulah Islamiyyah.
7. Sebagaimana yang disimpulkan oleh Anis Baswedan iaitu seseorang tidak dilahirkan untuk negerinya sahaja bahkan dilahirkan untuk dunia.
8. Boleh memimpin bukan ahli yang dipimpin.
9. Profesional dan berkemampuan luar biasa.
10. Berusaha membebaskan manusia daripada azab neraka menuju pencerahan syurga
11. Ingin merasai kedinginan air telaga al-kauthar suapan tangan Rasulullah yang tercinta
12. Mencari keredhaan dan maghfirah ALLAH

Oleh itu, kita hendaklah serius dalam usaha mengupayakan kekentalan tarbiah,
mengocakkan kesedaran siasah sehingga kita mampu berpencak bukan sahaja di kampus malah dilapangan ummah yang lebih nasional sifatnya
dan menggerakkan enjin dakwah dan kebajikan
sepenuh jiwa dan kemampuan kita
secara lebih komprehensif
sehingga tegarnya Islam di muka bumi ALLAH yang kita sayangi ini.

Al-Raghib al-Asfahani menegaskan bahawa kita merupakan hamba ALLAH yang hanya menyembah ALLAH dan tidak akan mensyirikkanNya dengan sebarang ideology,
khalifah yang menggantikan nubuwwah dalam menegakkan agama
dan mentadbir dunia dengannya sebagaimana takrifan al-Mawardi
dan kita akan memakmurkan bumi ALLAH ini dengan merumputkan Islam itu sendiri dirasai oleh setiap jiwa yang bernyawa.

Tarbiyah yang dimaksudkan adalah tarbiyah dari pelbagai aspek, melahirakan pakar yang professional dan master dalam apa jua bidang.
Siasah ialah kita yang menguasai dan membimbing masyarakat kea rah mencari keredhaan ALLAH.
Dakwah ialah menjaga kebajikan setiap orang yang memerlukan dan memasukkan nilai-nilai Islam ke dalam dada mereka sehingga mereka berkeyakinan bahawa Islamlah matlamat akhir hidup mereka.




Ust Zulkhairi