Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Monday, June 29, 2009

Pemimpin Islam itu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin ISLAM ialah:
1. Mesra dengan sahabat-sahabat
2. Berkasih-sayang
3. Pemurah
4. Takut kepada ALLAH, bimbang dengan dosa.
5. Berilmu dan berpengalaman.
6. Sabar dan berlapang dada.
7. Amalan yang lebih baik dari yang dipimpin.
8. Meminta bantuan untuk menegakkan syariat ALLAH.
9. Minta ditegur apabila membuat salah.
10. Warak
11. Berani yang hakiki dan semulajadi iaitu dalam menegakkan kebenaran, pada bila-bila masa dan di mana sahaja walaupun tanpa kuasa.
12. Kepimpinan lebih mantao akan mengurangkan perkara yang tidak baik orang yang dipimpin.
13. Memperbaiki yang dipimpin, menjadi tauladan pada yang dipimpin.
14. Sentiasa bermusyawarah.
15. Jauhi riak, sombong dan takbur.
16. Berjuang menentang musuh zahir dan batin.
17. Jangan bermesyuarat dengan orang sakit, orang makan, orang mengantuk, orang yang susah hati, orang yang bodoh (jangan membodohkan orang), orang yang sedang mabuk cinta (sesama manusia) kerana sukar hendak menghasilkan keputusan yang baik.
18. Semangat yang ada disiplin dan dipimpin agar tidak memusnah dan merosak.
19. Tidak melebih dari orang yang memberi kuasa.
20. Mengubah dasar kepada yang lebih baik dan menjadi landasan perjuangannya, bukan yang ingin mempopularkan diri semata-mata.
21. Bergaul bukan hanya dengan sahabatnya sahaja tetapi boleh menerima golongan lain sebagai sahabat.
22. Membuat kerja masyarakat dan bergaul dengan masyarakat(bermasyarakat). Bukan yang memencilkan diri dalam masyarakat.
23. Pemimpin ISLAM sejati, tutur kata, gerak geri dan sikap boleh diikuti orang. Kuat tahajjud malam.
24. Selalu mengingatkan tentang tipu daya dunia dan lebih mengutamakan akhirat.
25. Boleh mempengaruhi orang lain walau tanpa kuasa.
26. Kelemahan pemimpin ialah orang bawahan takut bukan kerana hormat tetapi kerana kuasa.
27. Kejayaan pemimpin ialah kemampuan membimbing dari ilmu dan tarbiyah, bukan kekerasan semata-mata.
28. Ambil tahu ahli terdekat.
29. Perbincangan orang tidak berilmu berlarut-larutan, perbincangan orang berilmu menghasilkan buah fikiran, manakala perbincangan orang yang bertaqwa, ringkas, padat dan diamalkan bersama-sama.
30. Pemimpin yang baik memimpin orang bawahan menjadi lebih baik dari orang yang memimpin.

Adaptasi dari Madah Pemimpin oleh Cikgu Nasir, SMAKK. 27-28 Jun 2009 (Sabtu dan Ahad)

No comments:

Post a Comment