Teristimewa Buatmu

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana haruman aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun, sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan ALLAH buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

Friday, June 5, 2009

GAMBARAN TENTANG PERANAN WANITA DAN IDEAL KEIBUAN DALAM ISLAM.

'Allamah Muhammad Iqbal (r.'a.) menggambarkan ideal- ideal keibuan dalam Islam dengan kata-kata yang sungguh indah dan tepat dalam sya'irnya Remuzi-Bekhudi Rahasia-rahasia kelenyapan diri yang ditulisnya dalam bahasa Farsi. Berikut ini ialah sebahagian daripadanya yang telah diterjemahkan se berapa tepat yang mungkin oleh Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali Al~Kelantani daripada sya'irnya yang pernah di salin ke bahasa Inggeris:

Keibuan adalah rahmat yang berhubung erat dengan Nubuwwah. Dan sifat ihsannya ialah sifat ihsan Nabi sendiri.

Kerana para ibu membentuk jalan yang bakal dilalui
oleh lelaki.
Lebih matanglah. dengan rahmat keibuan, peribadi bangsa- bangsa.
Garis-garis kedut di kening ibu itu menentukan tingkat kita dalam
hidup ini.

Dia yang kerananya Allah berfirman: "Jadilah kehidupan,''
Mengisytiharkan: syorga di bawah tapak kaki para ibu.
Di dalam memuliakan rahim jua, kehidupan ummat menjadi
sejahtera .
Kalau tidak, kehidupan menjadi mentah dan kebinatangan.

Ambillah umpamanya mana-mana wanita desa, yang jahil,
lontok, gemok, tak jelita, tak halus berbudi-bahasa,
buta huruf, rabun matanya, bersahaja, bisu;
Kesakitan menjadi ibu telah meluluhkan hatinya.
Lipatan-lipatan muram memilukan telah melingkung di bawah
kelopak matanya.

Andaikata dari dadanya, Ummat ini menerima si Muslim yang
ghairah terhadap Agama,
Hamba Allah yang setia, segala kesakitan yang ditanggungnya
telah membentengkan wujud kita, dan fajar kita
menyingsing cemerlang dalam kemilau senjakalanya.

Ambillah pula: tubuh yang lampai, berdada pipih, berbaju ketat,
Kerling matanya mempesonakan,
Fikirannya gilang-gemilang dengan cahaya tamaddun Barat;
Zahirnya berupa wanita,
batinnya bukan wanita!
la telah memusnahkan tali-tali ikatan yang memelihara
Ummat murni kita menjadi selamat sejahtera;
Kecantikannya yang suci telah terburai semua dan ditumpahkan.
Lancang matanya, kebebasannya membangkit kemarahan,
la sama-sekali tak tahu malu.
'llmunya tak cukup buat menanggung beban Keibuan
Dan di senjakala dan malam harinya, tak sebiji pun
bintang berpendar!
Lebih baiklah andainya kuntum mawar ini tak pernah tumbuh
di tamansari kita.
Lebih baiklah perempuan jenisnya disapu bersih dari baju Ummat ini.

Belum lahir dari ketiadaan, ke'ajaiban-ke'ajaiban kita ini belum
lagi ternampak;
Embun yang belum menitis di atas kembang mawar,
Kuntum yang belum digugurkan hembusan bayu bernafsu,
Bunga-bunga tulip ini berkembang daripada kediaman Keibuan
yang subur.
Kekayaan sesuatu kaum, hai saudara yang budiman, tidaklah
terletak pada linen halus
atau timbunan emas perak dalam khazanah;
Kekayaannya ialah putera-puteranya, yang bersih anggota dan
kuat tubuhnya, luas fikiran, berjihad ke arah usaha mulia.

Para ibu memelihara tanda Ukhuwwah,
Kekuatan al-Kitab dan Ummat.

Wahai dikau yang kelumbungnya menjadi hijab yang memelihara
kehormatan kami,
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan Agama kami, asas
Ummat kami,
Bibir putera-puteri kami menerima susu dari dadamu,
Sejak mulanya belajar menyebut: "L-a il-aha illa 'Llah ! "
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami,
'amalan kami,
Panahan kilat vang beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.

Wahai Pemelihara ni'mat Syari'at Allah,
Kau yang dari nafasnya Agama Allah memperoleh api,
Pesolek dan pintarnya zaman ini,
Kafilahnya perompak perintangjalan lengkap bersenjata
untuk merampas dan memusnahkan harta kekayaan Agama.
Butalah hatinya yang tiada langsung mengenal Allah.
Hinalah mereka yang menjadi tawanan rantainya yang membelit;
Lancang matanya lagi nekad, tangkas merenggut
kuku-kuku pencengkamnya,
Buruannya yang malang mengatakan dirinya merdeheka,
mangsanya menyombong bahawa ia hidup!
Peliharalah raFi kesucian ibu negeri Ummat ini!
Usahlah bersungut memperhitungkan laba dan rugi,
Berpadalah dengan melalui jalan yang telah lama direntas
Leluhur kita melaluinya di zaman silam.

Waspadalah terhadap kerosakan-kerosakan Zaman, dan himpunlah
anak-anakmu erat ke dadamu nan bidang----anak-anak burung
padang rumput ini yang belum tumbuh bulu untuk terbang,
telah jatuh jauh dari sangkarnya yang hangat nyaman.

Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu ! .......
Tuladan sempurna, Fatimah 'afifah itu
Meskipun sekalian makhluk menta'ati suruhannya,
namun ia menenggelamkan iradatnya dalam keridhaan suaminya
yang salih.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah Kitab Suci, ia memutar kisaran
gandum di rumahnya .........
Insaflah sentiasa akan tuladanmu, Fatimah
Agar dahanmu akan membuahkan Husayn yang baharu,
Tamansari kita berkembang mekar dengan Zaman Kencana.

'Allamah Muhammad Iqbal, dalam
Ramuz-i-Bekhud

wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment